Ya Allah Selamatkanlah Saudara-Saudaraku di Palestin !!
Monday, January 12, 2009
Terkini : Israel akan meneruskan serangan fasa ke 3 di Gaza ?
Isnin ,12/01/2009 - Pada hari Ahad (11/1/2009), dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza, Al Jazeera melaporkan.
Terdapat desas-desus bahawa Majlis Keselamatan Israel telah membincangkan kemungkinan meneruskan pelaksanaan operasi serangan kepada “Fasa III” , satu langkah yang akan menyaksikan tentera rejim Zionis akan terus menggasak Semenanjung Gaza.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx
12 mayat Palestin ditemui pasukan perubatan di Gaza.
Isnin ,12/01/2009 - Pasukan perubatan telah menemui 12 anggota badan penduduk Palestin akibat serangan yang telah dilakukan oleh angkatan tentera Israel di barat daya bandar Gaza pada hari Sabtu lalu manakala empat sekeluarga yang lain telah terbunuh semasa kereta kebal rejim Zionis merobohkan rumah mereka di utara bandar itu.
Dr Muawiya Hasanein, Pengarah Ambulans dan Kecemasan Kementerian Kesihatan berkata pasukan itu berjaya sampai ke sana setelah berbincang dengan askar-askar rejim Zionis , sambil menyatakan pasukan itu juga membawa bersama beberapa penduduk Palestin yang tercedera dan mengalami pendarahan yang banyak.
Beliau menyatakan pasukan ambulans itu telah bekerja di tengah suasana yang kritikal kerana unit khas rejim Zionis itu masih berada di tempat kejadian dan sedang mengacukan senjata mereka ke ambulans tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
amin ya rabbal 'alamin....