Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..  

Monday, March 23, 2009

Dua tiga minggu ni rasanya betul-betul stress. Dengan projek Power Saver aku yang aku kena siapkan paling kurang dalam minggu ni.Dengan beberapa masalah terpaksa kena tukar method tuk dapatkan data... Harap-harap sempat la sebelum viva 7-9 April ni... Tambah plak exam berderet-deret campur asignment yang nak kena hantar dan present...Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini... mungkin sesekali hati pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula dan yang penting tanya iman. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan hambamu ini dan jga sahabat-sahabatku dalam mencari redhamu.AMIN..

PERINGATAN MEMBAWA PERUBAHAN

AddThis Social Bookmark Button


Kelebihan SOLAT BERJEMAAH Menurut Teori FIZIK  

Friday, March 20, 2009


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam islam. Katanaya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah, atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas - positif dan negative, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan solat berjamaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa islam mensyariatkan solat berjamaah dan mengapa solat lima waktu yag didirikan orang islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjamaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjamaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jamaah lain yang berada di kiri atau kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negative atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negative yang hampir seimbang. Jadi, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu solat subuh didirikan hanya dua rakaat.

Seterusnya setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas yang banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjamaah yang disyariatakan islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu solat Zohor didirikan empat rakaat untuk member ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga yang dikeluarkan ketika kita menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan member ruang kepada proses pertukaran cas denga lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak mengggunakan tenaga. Masa ya g diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua rakaat sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran beliau tentang solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat islam amat digalakkan menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajud. Oleh itu, kita digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam.

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat islam itu sendiri. Beliau merasakan begitu kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk agama islam.
Sama-sama kita menunaikan solat secara berjamaah walau di mana kita berada.

"PERINGATAN MEMBAWA PERUBAHAN"

AddThis Social Bookmark Button


DIAlah Segalanya !  

Tuesday, March 10, 2009


Apabila semua tidak kena dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat,
Ingatlah...kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila dirasakan hidup ini seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya.


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa disisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.






Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa keran Dia Maha Mendengar


Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepa Dia Yang Maha Kaya


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahlah dirimu kepada Dia
satu-satunya tempat yang boleh digantung harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!


"Peringatan Membawa Perubahan"


AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster