Jangan Bersedih Wahai Sahabatku  

Sunday, April 26, 2009

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Emmm...9 Mei ni sahabatsejati akan pulang menemui ayahanda dan bonda yang tercinta setelah sekian lama tak balik kampung. Macam-macam perasaan ada sekarang ni yang hinggap kat kepala,hati dan jiwa..gembira ada, sedih pun ada. Gembira sebab dapat jumpa family tp sedih plak bila nak tinggalkan perjuangan dan sahabat-sahabat yang sentiasa bertungkus-lumus berjihad di bumi indah Sabah...rasa nak stay kat Sabah jer untuk berbakti pada saudara-saudara satu akidah di Sabah..tapi itu semua dalam perancangan Allah swt...dah jelas dah Allah bagitau jgn bersedih kerana Allah sentiasa bersama dengan kita..kalau ada yg bersedih tu, jgn bersedih ye...ni ada sedikit perkongsian tuk sama-sama kita teliti, hayati dan insyaAllah boleh membawa sesuatu yang bererti buat diri..

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.




Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut :

“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”;
maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menolak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

InsyaAllah moga-moga sedikit peringatan membawa perubahan buat diri dan juga sahabat-sahabat..kalau ada salah dan silap sahabatsejati mohon kemaafan dan halalkan segala makan dan minum ye...kalau sahabatsejati masih belum menjelaskan hutang (dlm bentuk duit,peralatan dsbnya) sape-sape harap dapat maklumkan segera ye..biasalah manusia memang sifatnya pelupa!


AddThis Social Bookmark Button


BERTAWAKAL KEPADA ALLAH  

Saturday, April 18, 2009


Alhamdulillah, hari jumaat yang lalu (17/4/09) sahabatsejati berjaya untuk hantar tesis seperti tarikh yang ditetapkan walaupun banyak halangan, mehnah dan tribulasi yang mendatang. Dengan bantuan Allah swt, sahabatsejati berjaya siapkan…Allahuakbar! Dia Yang Maha Mengetahui segalanya..bila sahabat sejati melihat kawan-kawan sekeliling, ada yang stress, termenung jauh seperti memikirkan sesuatu yang perlu disiapkan segera atau mungkin ada masalah. Mungkin exam dah dekat kot..Ada yang nampak ‘cool’ je walaupun dalam kepala banyak masalah yang perlu diselaikan. Benda ni semua semua pasti berlaku pada semua orang hatta diri sahabatsejati kerana sesuatu benda yang kita buat pasti ada masalah, halangan dan sebagainya tambah-tambah lagi dalam perjuangan menuju syurga Allah tidak dibentang dengan sesuatu yang senang lenang tapi suatu halangan yang cukup hebat untuk dilalui. Teringat kata-kata akhi firdaus suatu ketika dulu, dimana dia mengatakan orang yang ada masalah maknanya dia buat kerja dan orang yang tidak buat kerja pasti tidak akan ada masalah sebab tak ada benda yang nak difikirkan.

Tetapi sahabatsejati selalu teringat peringatan Allah dalam surah Al-Mu’minun ayat 62;

(Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan disisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.)

Sahabatsejati benar-benar berharap yang sahabatsejati boleh memberitahu sahabat-sahabat dan juga diri sendiri terutamanyai tentang ayat ini. Jangan bimbang. Allah tidak akan menguji kamu lebih daripada apa yang kamu terdaya. Mungkin ramai sahabat yang tau ayat ini. Tetapi mungkin juga ada yang tidak tahu. Mungkin apa yang sahabatsejati tulis ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan di hati dan mendatangkan sedikit kelegaan. Lega kerana tahu yang segala apa yang kita hadapi itu boleh kita tanggung kerana Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan apa yang terdaya olehnya.

Khalifah Ali ibn Abi Talib pernah berkata:

Sesiapa yang mengharapkan Syurga akan berlumba melakukan kebaikan, sesiapa yang takutkan neraka akan menamatkan kemungkaran, sesiapa yang yakin dengan ketibaan hari mati akan kehilangan segala perasaan ghairah dan sesiapa yang betul-betul mengenal dunya akan dapat menghadapi cabaran dengan mudah.

Apakah maksud frasa ini? Dunya atau dunia adalah kediaman sementara kita, kediaman yang tidak kekal. Dunia merupakan tempat dimana org-org beriman diuji dan tempat dimana orang beriman diasingkan daripada orang yang mungkar. Lebih tinggi keimanan seseorang, lebih besar ujian yang dihadapinya. Tiada apa di dunia ini yang kekal selamanya, -pangkat, harta, jawatan yang disandang, semuanya tidak kekal. Suatu hari dunia ini akan hancur binasa- bila tibanya Hari Pembalasan. Kehidupan kita yang sebenarnya akan bermula dia Hari Akhirat, di Syurga.

Patutlah Khalifah Ali berkata demikian. Sekarang sahabatsejati faham. Jika kita mengetahui perkara ini, kita juga sedar bahawa apa-apa cabaran yang kita lalui di dunia, tidak kira betapa hebatnya cabaran itu, hanyalah bersifat sementara. Kita harus bersabar dengan segala ujian yang kita terima dan suatu hari nanti, insyaAllah, kita akan menerima rahmat dan ganjaran-Nya di tempat yang kekal abadi. Selama-lamanya.

Dengarlah apa yang dikatakan oleh Allah ini:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (orang yang berjuang bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?(Al-Imran: 142)

Jadi, Allah menguji kita untuk melihat sama ada kita layak memasuki syurga-Nya. Sama seperti kita menduduki exam kemasukan sebelum memasuki pusat pengajian tinggi yang unggul. Jika kita lulus peperiksaan tersebut, kita layak masuk. Jika tidak, kita tidak mendapat tempat di dalamnya. Adil, kan?

Subhanallah…

Semakin lama sahabatsejati berfikir, semakin sahabatsejati sedar bahawa keresahan yang kita tanggung sebenarnya boleh membinasakan diri kita. Ia boleh membuatkan seseorang berada dalam keadaan murung, sedih, resah dan gementar yang berterusan. Ia juga boleh mengganggu seseorang secara negative- secara psikologi dan juga secara fizikal. (Kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya orang psikologi ni sebab sahabatsejati tak pernah belajar bab-bab psikologi ni.)

Patutlah Corrie Ten Boom pernah berkata;

Kerisauan tidak menghapuskan kedukaan hari esok, ia menghapuskan kekuatan hari ini.

Memang betul kata-katanya. Sungguh tepat!. Orang yang risau sentiasa berada dalam keadaan putus harapan dan tidak mempunyai semangat untuk hidup di masa hadapan. Untuk masa hadapanya sendiri. Kenapa ? kerana, sebagai manusia, kita tidak tau apa yang akan berlaku pada diri kita di kemudian hari. Jadi, kita tidak pasti akan masa depan kita.malah kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam masa 2 saat daripada sekarang. Tik, Tok. Ya dua saat..harap2 masih hidup untuk menaip pada pagi ni utk perkongsian dan peringatan membawa perubahan.

Jadi, apa yang harus kita lakukan sekarang supaya kita berasa tenang dan tenteram? Apa yang harus kita lakukan supaya kita dapat tidur nyenyak, tidak berasa resah gelisah dan juga tidak berasa berdebar-debar?

Allah menyuruh kita melakukan perkara berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kamu sesuatu melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.(At-Taubah : 51)

Kita patut berserah dan tawakal kepada Allah. Ini bermakna kita tidak seharusnya berasa terkejut dengan segala perkara yang berlaku. Mungkin tidak dijangka tahun ni rupanya belum boleh konvo lagi, kena extend. Semuanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Cuma kita tidak mengetahuinya.

Ni utk kita fikir bersama. Jika Allah, Pencipta kita yang menentukan segala ujian yang menimpa kita, jadi kepada siapa harus kita minta pertolongan? Jika kita mempunyai masalah perubatan, adakah kita meminta pertolongan dan bantuan dari pengurus bank? Jika kita mempunyai masalah memahami matematik, adakah kita meminta bantuan dari guru bahasa?

Junjungan mulia Muhammad saw telah mengamanahkan doa, doa yang sering dibacanya ketika baginda berasa runsing tentang masa depan: moga kita boleh mengamalkannya.

“Ya Allah, perbetulkanlah ibadahku, yang merupakan asas kehidupanku, dan perbetulkanlah hal duniaku, yang merupakan kehidupanku, dan kurniakanlah kesejahteraan padaku di Hari Akhirat. Berkatilah kehidupanku di dunia dengan kesejahteraan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasan daripada godaan syaitan.”(Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda

“ Ya Allah, aku memohon belas kasihanmu, lindungilah aku, janganlah Kau biarkan diriku walau seketika pun. Dan perbetulkanlah diriku. Tidak ada Tuhan selain daripada-Mu” (Abu Dawud dan dinilai hasan oleh al-Albani)

Sebuah doa yang sangat sesuai untuk menenangkan jiwa yang resah gelisah…subhanallah…

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya( At-Talaq: 3)

Apabila kita bertawakal kepada-Nya, semua perkara menjadi kecil dan remeh. Dia adalah Yang Maha Pengasih, Pemberi Kesejahteraan.

Alangkah baiknya jika kita mempunyai tahap keyakinan yang sama dengan Khalifah Umar

Saya tidak peduli dalam keadaan apa pun saya bangun di pagi hari – sama ada baik atau buruk – oleh kerana saya tidak tahu apa yang baik untuk saya dan apa yang tidak baik.

Bayangkan betapa tenteram dan amannya perasaan dan fikirannya kerana mempunyai keyakinan terhadap Tuhan-Nya. Jadi, jangan biarkan kegelisahan berada di sisi kita. Buangkan kebimbangan jauh-jauh dan lupakan tentangnya.

InsyaAllah kalau kita dah berusaha sehabis baik, kejayaan pasti akan datang… yang penting berusaha dan bertawakal kepada Allah. Jangan hanya bertawakal tanpa sebarang usaha kerana sesuatu kejayaan tidak akan datang bergolek..Selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 sesi 08/09 dan buat sahabat yang akan bergraduasi, teruskan perjuangan, teruskan bergerak. Jika tidak boleh terbang, berlarilah, jika tidak boleh berlari, berjalanlah, jika tidak boleh berjalan, merangkaklah tetapi walau apa pun berlaku, teruslah bergerak.

“Peringatan Membawa Perubahan”

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster