12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...  

Saturday, December 12, 2009

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.....

* Cintailah Ilahi...

AddThis Social Bookmark Button


H1N1 - Selsema Babi  

Monday, August 17, 2009

Apa itu Influenza A H1N1?

Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan@manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa Yang Perlu Tahu

Asal virus ini:
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrakedi Mexico .

Virologi Virus H1N1
Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4

H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko:

1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

*kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas. 62 kematian di laporkan setakat 17 Ogos 2009.

Simptom-Simptom

hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya.
hari 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam).
hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
hari 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera.
hari 5 - and above lung collapse @ koma.

Langkah-langkah kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akanmengakibatkan resistan (lali) kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober 09 dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di malaysia, mengambil masa 6 jam untuk run test kepada satu batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…

Peringatan Membawa Perubahan.

Sumber Rujukan:Taklimat Influenza A H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01 Ogos 2009.

AddThis Social Bookmark Button


Sebuah Perjalanan..  

Saturday, August 15, 2009

Assalamualaikum...

Lama betul rasanya tak update blog ni walaupun hari2 dk surf internet...ada benda lain yang lebih aula yang kena siapkan dulu...Ni mugkin boleh berkongsi cikit perjalananan aktiviti sahabatsejati sepanjang 2/3 tau lebih ni..


Ni masa kursus kat ILP Nibong Tebal anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK). Memang best sbb semuanya org klate dan semua sporting habis..mmg x boring la g kursus..

Ni plak masa bwa budak-budak sekolah kt tmpt sahabatsejati kerja SK Banggol Chicha untuk Pertandingan Robotik Kebangsaan 2009.


ni masa majlis perpisahan salah seorang guru yang kena bertukar ke sekolah lain..
Lawatan ke pertandingan rekacipta & inovasi. bagi pendedahan kepada pelajar tentang ciptaan2 dan supaya lebih kreatif..

















AddThis Social Bookmark Button


Alahai masa.....  

Saturday, May 30, 2009


Alahai masa...cepatnya berlalu..sedar tak sedar dah nak masuk bulan Jun. Rasa baru semalam balik ke tanah tumpah darahku (tempat lahir) bumi klate...dah lama tak balik rasa rindu kt semua tapi bila dah sampai kt rmah rindu plak kt bumi borneo yang banyak mengajar sahabatsejati erti kehidupan, pengorbanan, persahabatan dan perjuangan.

Alahai masa...lajunya pergerakanmu...masih segar dalam ingatn yang sahabatsejati dan kawan-kawan sepenerbangan yang terpaksa cancel penerbangan pada 9 mei lalu atas sbb masalah teknikal yang dihadapi oleh flight malaysia airlines MH2617...terpaksa terbang pada keesokannya..terdetik dalam hati dan macam2 datang dalam fikiran, mungkin dah menjadi perancangan Allah untuk tambahkan masa sahabatsejati di bumi di bawah bayu ini lebih lama kerana sahabatsejati bakal menamatkan pengajian di UMS...apa-apa pun alhamdulillah selamat sampai kt airport kb tgh malam 10 hb tu walaupun banyak benda yang nak diuruskan sebelum flight ke kb malam tu..maklumlah banyak sangat barang yang dibawa balik...terima kasih kt sahabat2 satu flight kerana menyumbangkan nilai berat bagasi kt sahabatsejati terutamanya hafiz shariff yang bagi 20kg berat bagasi dia kt sahabatsejati....kalau tak entah mcm mana nak bawa barang sahbatsejati yang 47kg tu..huhu..mmg berat! bantuan sahabat-sahabat kt putrajaya mmg amat dihargai...nasib baik juga la rmh hafiz dekat dengan rumah pak cik sahabatsejati di putrajaya...senang nk bergerak...

Alahai masa....sahabatsejati pun tak berapa pasti apa perubahan yang dah sahabatsejati lakukan sejak balik kg ni...sempat pegi melawat adik salah seorang sahabat (Nursyabri) yang dimasukkan ke wad HUSM kubang kerian. Ujian yang dihadapi oleh sahabtku ini memang berat walaupun dia tidak meluahkannya tetapi jelas tergambar pada raut wajah yang dia memikul satu beban yang berat...apa taknya, baru sahaja kehilangan bonda yang tercinta untuk bertemu dengan yang MAHA Mengasihi, adiknya plak dikejarkan ke hospital...sahabatsejati doakan dirimu sentiasa tabah dan diberi kekuatan oleh Allah... Amin. sahabatsejati mengharapkan agar ziarah yang tak seberapa dari sahabatsejati, saudara azri, saudari nik syuhada,ayu solehan dan afifah dapat mengurangkan cikit bebanan dan tekanan yang dihadapi...

Alahai masa....tip top,tip tup dah seminggu dah sahabat sejati kat Telekom Malaysia Bhd cawangan Pasir Mas ni tk latihan industri. Bukan ada keje apa pun, ada la cikit-cikit keje yang boleh disiapkn dengan cepat. Kalau keluar pegi check ibusawat tu ada la keje ckit..tu pun banyak gi jalan-jalan je...kalau x duk kat pejabat tunggu order dari pelanggan TM tuk tambah fasilities perkhidmatan telefon, nak potong telefon ke, baru la ada keje yang sahabatsejati perlu buat..maklumlah duk kt unit Operation & Maintenance Switching ni senang cikit tp kalu ada masalah pening jgk nk solve...

Alahai masa...LAMEGA '09 mmg tak sempat nak pegi sebab kekangan LI dan jgk transport...skrag ni lebih dengan family.. perubahan tu sahabatsejati perlu mula dari diri dan keluarga dulu..adik-adik sahabatsejati yang dah masuk alam remaja/dewasa ni perlu di beri perhatian lebih cikit, kalau tak susah nanti..tu yang petang-petang lepas balik pejabat LI, ajak adik-adik main takraw kt depan halaman rumah..ada jgk aktiviti riadah berguna petang-petang daripada keluar melepak entah kemana yang mmg tak ada halatuju...

Alahai masa...kalau nak kejar masa memang tak sempat tapi peluang yang ada perlu diisi dengan benda yang berfaedah agar tidak tertipu dengan masa..

peringatan membawa perubahan

AddThis Social Bookmark Button


Jangan Bersedih Wahai Sahabatku  

Sunday, April 26, 2009

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Emmm...9 Mei ni sahabatsejati akan pulang menemui ayahanda dan bonda yang tercinta setelah sekian lama tak balik kampung. Macam-macam perasaan ada sekarang ni yang hinggap kat kepala,hati dan jiwa..gembira ada, sedih pun ada. Gembira sebab dapat jumpa family tp sedih plak bila nak tinggalkan perjuangan dan sahabat-sahabat yang sentiasa bertungkus-lumus berjihad di bumi indah Sabah...rasa nak stay kat Sabah jer untuk berbakti pada saudara-saudara satu akidah di Sabah..tapi itu semua dalam perancangan Allah swt...dah jelas dah Allah bagitau jgn bersedih kerana Allah sentiasa bersama dengan kita..kalau ada yg bersedih tu, jgn bersedih ye...ni ada sedikit perkongsian tuk sama-sama kita teliti, hayati dan insyaAllah boleh membawa sesuatu yang bererti buat diri..

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.




Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut :

“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”;
maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menolak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

InsyaAllah moga-moga sedikit peringatan membawa perubahan buat diri dan juga sahabat-sahabat..kalau ada salah dan silap sahabatsejati mohon kemaafan dan halalkan segala makan dan minum ye...kalau sahabatsejati masih belum menjelaskan hutang (dlm bentuk duit,peralatan dsbnya) sape-sape harap dapat maklumkan segera ye..biasalah manusia memang sifatnya pelupa!


AddThis Social Bookmark Button


BERTAWAKAL KEPADA ALLAH  

Saturday, April 18, 2009


Alhamdulillah, hari jumaat yang lalu (17/4/09) sahabatsejati berjaya untuk hantar tesis seperti tarikh yang ditetapkan walaupun banyak halangan, mehnah dan tribulasi yang mendatang. Dengan bantuan Allah swt, sahabatsejati berjaya siapkan…Allahuakbar! Dia Yang Maha Mengetahui segalanya..bila sahabat sejati melihat kawan-kawan sekeliling, ada yang stress, termenung jauh seperti memikirkan sesuatu yang perlu disiapkan segera atau mungkin ada masalah. Mungkin exam dah dekat kot..Ada yang nampak ‘cool’ je walaupun dalam kepala banyak masalah yang perlu diselaikan. Benda ni semua semua pasti berlaku pada semua orang hatta diri sahabatsejati kerana sesuatu benda yang kita buat pasti ada masalah, halangan dan sebagainya tambah-tambah lagi dalam perjuangan menuju syurga Allah tidak dibentang dengan sesuatu yang senang lenang tapi suatu halangan yang cukup hebat untuk dilalui. Teringat kata-kata akhi firdaus suatu ketika dulu, dimana dia mengatakan orang yang ada masalah maknanya dia buat kerja dan orang yang tidak buat kerja pasti tidak akan ada masalah sebab tak ada benda yang nak difikirkan.

Tetapi sahabatsejati selalu teringat peringatan Allah dalam surah Al-Mu’minun ayat 62;

(Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan disisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.)

Sahabatsejati benar-benar berharap yang sahabatsejati boleh memberitahu sahabat-sahabat dan juga diri sendiri terutamanyai tentang ayat ini. Jangan bimbang. Allah tidak akan menguji kamu lebih daripada apa yang kamu terdaya. Mungkin ramai sahabat yang tau ayat ini. Tetapi mungkin juga ada yang tidak tahu. Mungkin apa yang sahabatsejati tulis ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan di hati dan mendatangkan sedikit kelegaan. Lega kerana tahu yang segala apa yang kita hadapi itu boleh kita tanggung kerana Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan apa yang terdaya olehnya.

Khalifah Ali ibn Abi Talib pernah berkata:

Sesiapa yang mengharapkan Syurga akan berlumba melakukan kebaikan, sesiapa yang takutkan neraka akan menamatkan kemungkaran, sesiapa yang yakin dengan ketibaan hari mati akan kehilangan segala perasaan ghairah dan sesiapa yang betul-betul mengenal dunya akan dapat menghadapi cabaran dengan mudah.

Apakah maksud frasa ini? Dunya atau dunia adalah kediaman sementara kita, kediaman yang tidak kekal. Dunia merupakan tempat dimana org-org beriman diuji dan tempat dimana orang beriman diasingkan daripada orang yang mungkar. Lebih tinggi keimanan seseorang, lebih besar ujian yang dihadapinya. Tiada apa di dunia ini yang kekal selamanya, -pangkat, harta, jawatan yang disandang, semuanya tidak kekal. Suatu hari dunia ini akan hancur binasa- bila tibanya Hari Pembalasan. Kehidupan kita yang sebenarnya akan bermula dia Hari Akhirat, di Syurga.

Patutlah Khalifah Ali berkata demikian. Sekarang sahabatsejati faham. Jika kita mengetahui perkara ini, kita juga sedar bahawa apa-apa cabaran yang kita lalui di dunia, tidak kira betapa hebatnya cabaran itu, hanyalah bersifat sementara. Kita harus bersabar dengan segala ujian yang kita terima dan suatu hari nanti, insyaAllah, kita akan menerima rahmat dan ganjaran-Nya di tempat yang kekal abadi. Selama-lamanya.

Dengarlah apa yang dikatakan oleh Allah ini:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (orang yang berjuang bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?(Al-Imran: 142)

Jadi, Allah menguji kita untuk melihat sama ada kita layak memasuki syurga-Nya. Sama seperti kita menduduki exam kemasukan sebelum memasuki pusat pengajian tinggi yang unggul. Jika kita lulus peperiksaan tersebut, kita layak masuk. Jika tidak, kita tidak mendapat tempat di dalamnya. Adil, kan?

Subhanallah…

Semakin lama sahabatsejati berfikir, semakin sahabatsejati sedar bahawa keresahan yang kita tanggung sebenarnya boleh membinasakan diri kita. Ia boleh membuatkan seseorang berada dalam keadaan murung, sedih, resah dan gementar yang berterusan. Ia juga boleh mengganggu seseorang secara negative- secara psikologi dan juga secara fizikal. (Kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya orang psikologi ni sebab sahabatsejati tak pernah belajar bab-bab psikologi ni.)

Patutlah Corrie Ten Boom pernah berkata;

Kerisauan tidak menghapuskan kedukaan hari esok, ia menghapuskan kekuatan hari ini.

Memang betul kata-katanya. Sungguh tepat!. Orang yang risau sentiasa berada dalam keadaan putus harapan dan tidak mempunyai semangat untuk hidup di masa hadapan. Untuk masa hadapanya sendiri. Kenapa ? kerana, sebagai manusia, kita tidak tau apa yang akan berlaku pada diri kita di kemudian hari. Jadi, kita tidak pasti akan masa depan kita.malah kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam masa 2 saat daripada sekarang. Tik, Tok. Ya dua saat..harap2 masih hidup untuk menaip pada pagi ni utk perkongsian dan peringatan membawa perubahan.

Jadi, apa yang harus kita lakukan sekarang supaya kita berasa tenang dan tenteram? Apa yang harus kita lakukan supaya kita dapat tidur nyenyak, tidak berasa resah gelisah dan juga tidak berasa berdebar-debar?

Allah menyuruh kita melakukan perkara berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kamu sesuatu melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.(At-Taubah : 51)

Kita patut berserah dan tawakal kepada Allah. Ini bermakna kita tidak seharusnya berasa terkejut dengan segala perkara yang berlaku. Mungkin tidak dijangka tahun ni rupanya belum boleh konvo lagi, kena extend. Semuanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Cuma kita tidak mengetahuinya.

Ni utk kita fikir bersama. Jika Allah, Pencipta kita yang menentukan segala ujian yang menimpa kita, jadi kepada siapa harus kita minta pertolongan? Jika kita mempunyai masalah perubatan, adakah kita meminta pertolongan dan bantuan dari pengurus bank? Jika kita mempunyai masalah memahami matematik, adakah kita meminta bantuan dari guru bahasa?

Junjungan mulia Muhammad saw telah mengamanahkan doa, doa yang sering dibacanya ketika baginda berasa runsing tentang masa depan: moga kita boleh mengamalkannya.

“Ya Allah, perbetulkanlah ibadahku, yang merupakan asas kehidupanku, dan perbetulkanlah hal duniaku, yang merupakan kehidupanku, dan kurniakanlah kesejahteraan padaku di Hari Akhirat. Berkatilah kehidupanku di dunia dengan kesejahteraan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasan daripada godaan syaitan.”(Muslim)

Rasulullah saw juga bersabda

“ Ya Allah, aku memohon belas kasihanmu, lindungilah aku, janganlah Kau biarkan diriku walau seketika pun. Dan perbetulkanlah diriku. Tidak ada Tuhan selain daripada-Mu” (Abu Dawud dan dinilai hasan oleh al-Albani)

Sebuah doa yang sangat sesuai untuk menenangkan jiwa yang resah gelisah…subhanallah…

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya( At-Talaq: 3)

Apabila kita bertawakal kepada-Nya, semua perkara menjadi kecil dan remeh. Dia adalah Yang Maha Pengasih, Pemberi Kesejahteraan.

Alangkah baiknya jika kita mempunyai tahap keyakinan yang sama dengan Khalifah Umar

Saya tidak peduli dalam keadaan apa pun saya bangun di pagi hari – sama ada baik atau buruk – oleh kerana saya tidak tahu apa yang baik untuk saya dan apa yang tidak baik.

Bayangkan betapa tenteram dan amannya perasaan dan fikirannya kerana mempunyai keyakinan terhadap Tuhan-Nya. Jadi, jangan biarkan kegelisahan berada di sisi kita. Buangkan kebimbangan jauh-jauh dan lupakan tentangnya.

InsyaAllah kalau kita dah berusaha sehabis baik, kejayaan pasti akan datang… yang penting berusaha dan bertawakal kepada Allah. Jangan hanya bertawakal tanpa sebarang usaha kerana sesuatu kejayaan tidak akan datang bergolek..Selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 sesi 08/09 dan buat sahabat yang akan bergraduasi, teruskan perjuangan, teruskan bergerak. Jika tidak boleh terbang, berlarilah, jika tidak boleh berlari, berjalanlah, jika tidak boleh berjalan, merangkaklah tetapi walau apa pun berlaku, teruslah bergerak.

“Peringatan Membawa Perubahan”

AddThis Social Bookmark Button


Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..  

Monday, March 23, 2009

Dua tiga minggu ni rasanya betul-betul stress. Dengan projek Power Saver aku yang aku kena siapkan paling kurang dalam minggu ni.Dengan beberapa masalah terpaksa kena tukar method tuk dapatkan data... Harap-harap sempat la sebelum viva 7-9 April ni... Tambah plak exam berderet-deret campur asignment yang nak kena hantar dan present...Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini... mungkin sesekali hati pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula dan yang penting tanya iman. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan hambamu ini dan jga sahabat-sahabatku dalam mencari redhamu.AMIN..

PERINGATAN MEMBAWA PERUBAHAN

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster