DIAlah Segalanya !  

Tuesday, March 10, 2009


Apabila semua tidak kena dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat,
Ingatlah...kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila dirasakan hidup ini seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya.


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa disisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.






Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa keran Dia Maha Mendengar


Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan,
ingatlah kepa Dia Yang Maha Kaya


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahlah dirimu kepada Dia
satu-satunya tempat yang boleh digantung harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan,
ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!


"Peringatan Membawa Perubahan"


AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ DIAlah Segalanya !

 

Design by Amanda @ Blogger Buster