Kelebihan SOLAT BERJEMAAH Menurut Teori FIZIK  

Friday, March 20, 2009


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam islam. Katanaya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah, atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas - positif dan negative, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan solat berjamaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa islam mensyariatkan solat berjamaah dan mengapa solat lima waktu yag didirikan orang islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjamaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjamaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jamaah lain yang berada di kiri atau kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negative atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negative yang hampir seimbang. Jadi, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu solat subuh didirikan hanya dua rakaat.

Seterusnya setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas yang banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat berjamaah yang disyariatakan islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu solat Zohor didirikan empat rakaat untuk member ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga yang dikeluarkan ketika kita menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan member ruang kepada proses pertukaran cas denga lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak mengggunakan tenaga. Masa ya g diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua rakaat sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran beliau tentang solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat islam amat digalakkan menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat Tahajud. Oleh itu, kita digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam.

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat islam itu sendiri. Beliau merasakan begitu kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk agama islam.
Sama-sama kita menunaikan solat secara berjamaah walau di mana kita berada.

"PERINGATAN MEMBAWA PERUBAHAN"

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster