Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..  

Monday, March 23, 2009

Dua tiga minggu ni rasanya betul-betul stress. Dengan projek Power Saver aku yang aku kena siapkan paling kurang dalam minggu ni.Dengan beberapa masalah terpaksa kena tukar method tuk dapatkan data... Harap-harap sempat la sebelum viva 7-9 April ni... Tambah plak exam berderet-deret campur asignment yang nak kena hantar dan present...Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini... mungkin sesekali hati pernah mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula dan yang penting tanya iman. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan hambamu ini dan jga sahabat-sahabatku dalam mencari redhamu.AMIN..

PERINGATAN MEMBAWA PERUBAHAN

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia..

  • NORSHUHADA KAREEM
    March 24, 2009 at 3:22 AM  

    setiap kita akan diuji dengan pelbagai ujian...harap kita dapat menempuh setiap ujian tersebut seadanya..

  • Mujadid
    March 30, 2009 at 9:00 PM  

    Betul tu..
    Kita sentiasa layak utk diuji..
    Tabahkan hati, teguhkan iman, insyAllah ada jln keluar dari setiap kesusahan..
    Jln yg xpernah manusia terfikir akannya, terlintas dihatinya mahupun tergambar di fikirannya..
    Wallahua'lam..
    Chayok2..

  • Usamah
    April 1, 2009 at 4:13 AM  

    kita mmg sentiasa d uji utk melihat keimanan kita. dan Allah tidak membebankan hambanya dengan beban yg tidak dpt ditanggungnya(tlg chek ayat mana). tp klu buat kja lewat2 etu menampakkan kemalasan kita. he...he...

 

Design by Amanda @ Blogger Buster