Soalnya HATI..  

Thursday, March 5, 2009




Semalam telah pergi

Kini tingal hari ini

Yang berlari

Detik demi detik


Fikir ku terus fikir

Apakah sudah cukup

Atau sedang elok

Perancanganku ini


Atau sekadar tipu daya

Syaitan….yang mahu

Aku memeluk dunia

Yang tiada berharga


Kalau ia berharga

Ingat janji Tuhan

Tak berminum orang

Yang tak beriman


Sedih ada juga

Lantaran fikiranku buntu

Berulang kali

Kashmir dah lama menyeru

Palestin, menjerit pilu

Bosnia….apakah sudah berlalu?

Kosovo….hilang….begitu?

Tak kulupa Chechnya

Dan juga Somalia

Iraq muslim juga

Semuanya meminta


Aku takut

Sungguh takut

Ini bicara hati

Yang meminta petunjuk ilahi


Apakah sudah cukup

Dengan kutimba ilmu

Di sini….dengan janji

Menjulang ummati

Suatu hari ini?


Mungkin ku lupa

Dengan tipu helah dunia

Sayang terlalu sayangkan harta

Apa lagi pelajaran dan keluarga


Mungkin nanti ku lalai

Dengan kerja yang tak sudah

Yang pastikah bernilai

Dari hari-hari yang sudah

Demi masa akhir yang cerah


Terus akan kuterus

Mengingat nasib ikhwani

Berdoa pada ilahi

Maga perjuangan diberkati

Jalannya benar! Bukan tipu duniawi.

Doakanku terus istiqomah dalam perjuangan abadi

Wahai sahabat sejati..

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Soalnya HATI..

 

Design by Amanda @ Blogger Buster