Siapa AKU Dihadapan TUHANKU
Tuesday, December 2, 2008
SUBUHNYA….
Dimana aku berada
Masih enak dalam kelambu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran terus berlaru
Terlupa aku semakin dihujung waktu
Siapa aku di depan Tuhanku.
ZOHORNYA…..
Aku lebih memikirkan kelaparan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan
Tuntukan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di depan Tuhanku.
ASARNYA….
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan kopiku
Terlupa panas tidak dihujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang Si Tuah yang setia
Dan Si Jebat yang derhaka
Siapa aku di depan Tuhanku
MAGHRIBNYA….
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berlegar
Disebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak rasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku.
ISYAKNYA…
Kerana masanya yang panjang
Aku membiarkan penat
Menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan
Menggangguku
Aku rasa terlena
Sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku.
Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akan
Melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan membiarkan
Masjid menjadi sepi
Kerana di hujung hidup ada mati
Bagaimana jenazah
Akan dibawa sembahyang di sini
Jika ruangku dibiarkan kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang.
Ayuh sahabatku, mari sama-sama kita memakmurkan masjid!Jom solat berjemaah.....
Siapa Aku Di Depan Tuhanku……
………………….sahabatsejati…………………………..
December 2, 2008 at 7:15 PM
Salam Wasilah Ukhuwah Fllah
SUBUHNYA….
Dimana aku berada
Masih enak dalam kelambu rindu
Sambil berpoya-poya dengan waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran terus berlaru
Terlupa aku semakin dihujung waktu
Siapa aku di depan Tuhanku.
...Solat Subuh payah sangat nak tengok jemaah ramai di masjid. Kita kena ingat dalam Resolusi Yahudi tentang perang terhadap Islam, mereka menegaskan Islam terus akan ditawan selagi mana bilangan jemaah subuh di masjid tidak seramai jemaah solat jumaat. ALlahu Akbar! Di mana aku di hadapan Tuhanku?
December 3, 2008 at 6:26 AM
“Anakku, jangan sibuk ingin memenangkan Islam dengan strategi semata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul dan ibadahmu semakin berkurang. Teladanilah Abdullah bin Mubarak yang menggandingkan semangat jihadnya dengan ketaqwaan yang mutlaq kepada Allah.."petikan blog ustaz dzul.
Insya Allah azam baru kg cd, solat jemaah dmasjid..takbir
December 4, 2008 at 2:22 PM
a'ah,kempenla pakat2 p solat d masjid ums tu..asik orang sama,saf tak bertambahpon